Mulakan gerakan dalam posisi duduk di atas lantai sambil kedua-dua belah kaki dibengkokkan pada bahagian lutut.
Letakkan tangan di belakang kepala atau kedua-dua tangan disilangkan dan dirapatkan ke dada. Perlahankan-lahan tolak atau bawa tubuh ke hadapan menghampiri lutut.Selang selikan dengan gerakan membawa tubuh anda ke belakang dan berhenti mengikut kemampuan.Rasakan kontraksi pada otot perut anda ketika melakukan gerakan ini.
Setelah dirasakan serasi dan mahir bawa tunug anada lebih ke belakang dan bertahan selama 10-20 saat dan jangan biarkan tubuh mencecah lantai. Sebaik-baiknya pastikan postur tubuh dalam keadaan tegak dan tidak terlalu membongkok.
Ulang Pergerakan senam tersebut sebanyak lapan kali.
Penting untuk kita terutamanya wanita untuk menjaga setiap aktiviti dalam kehidupan seharian.Jika tidak ianya mungkin akan membahayakan kesihatan.
1.Terlalu lama berdiri 2. Terlalu lama duduk 3. Terlalu lama berjalan 4. Terlalu lama melihat 5.Terlalu banyak tidur 6.Terlalu riang/gembira 7.Terlalu kerap marah 8. Terlalu banyak berfikir 9.Terlalu banyak bersedih 10.Terlalu merana 11.Terlalu takut 12.Terlalu kerap terkejut 13.Terlalu banyak makan 14.Terlalu minum minuman berais 15. Terlalu banyak masa lapang
Pernah tak korang terfikir apa yang korang amalkan di masa muda akan mempengaruhi kecantikkan dan kesihatan akan datang? 5 perkara yang berguna yang patut di ambil berat dari usia muda . Untuk panduan wanita-wanita diluar sana ye..
1. Senaman membina peribadi positif - Bersenam akan meningkatkan hormon endorfin yang membantu anada mengurangkan tekanan.Dengan Bersenam, risiko untuk mendapat penyakit kronik juga akan berkurangan. Senam juga membantu pengaliran darah yang lebih lancar ke permukaan kulit mendapat oksigen secukupnya dan mendapat hasil kulit lebih cantik berseri-seri dan bonus lain berat badan ideal akan dikecapi sepanjang hayat.
2. Merokok menambah usia wajah anda - Tar dan nikotin dalam rokok bukan sahaja akan memberi kesan buruk malah mengakibatkan kuli berkedut dan kendur.
3. Makanan berlemak akan menghantui anda di usia tua - Walaupun berat anda tidak bertambah sepanjang mengambil makanan yang berlemak kesannya akan di masa usia anda meningkat.Penyelidikan membuktikan lebih 90% penyakit jantung dapat dielakkan jika mengamalkan pemakanan sihat sejak dari usia muda.
4.Perkembangan tulang wanita akan berhenti pada usia 35 tahun - Sebagai wanita penjagaan tulang anda sama penting dengan wajah. Pengambilan harian kalsium dan vitamin D di usia 20-an dan 30-an sangat penting mengelakkan keretakan akibat tulang reput.Amal kan juga senaman seperti joging untuk menguatkan tulang .
5.Sayangi diri anda lebih dari orang lain - Belajar untuk katakan tidak pada perkara-perkara yang boleh mencuri masa santai anda .Sokongan dan bantuan sesiapa amat penting untuk anda merelitikan masa yang berkualiti untuk diri sendiri.
Setiap wanita inginkan tubuh badan yang menarik dan cantik. Saya lebih suka melihat perempuan yang berbadan sado atau sasa. Bukan kerana berbadan besar tetapi penampilan yang unik bagi seorang wanita yang memiliki tubuh badan yang sado. Setiap wanita mestilah impikan potongan badan yang ramping. Zaman sekarang wanita sanggup menjaga badan tetapi tidak mengamalkan penjagaan kesihatan . Wanita yang mempunyai badan yang sado ni bukan sahaja unik malah dia mempunyai satu semangat yang luar biasa dan mungkin satu kepuasan bagi mereka. Sukanya tengok mereka. Ini adalah antara wanita di luar negara yang saya suka sangat dengan penampilan dia, dah lah mempunyai wajah yang comel dan memiliki tubuh badan yang sado..sangat awesome ! :D
Meh usha sikit siapa gelaran si comel sado ni jom ! :)
Nama dia betul dia Viktovrona Vins atau dikenali sebagai Julia Vins . Dia merupakan peminat bina badan dan pada mula dia tidak berniat untuk membina badan tetapi dia memutuskan keputusan untuk mengikuti program latihan untuk bimbingannya.Dia ikut gym sekolah dan kelas kursus powerlifting dan angkat besi serta menyertai pertandingan powerlifting untuk kali pertama pada Disember.